Welcome to my world . TARANTALEGGRA . Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Saturday 20 June 2015 | 05:52 | 0 comments
Assalamualaikum and Good Evening  ....

Hot Sales!!


Murah- Murah !!


- Easy to wear 

- Beautiful Design with variety of colour 

Price : RM 14 (exclude postage SM: RM6.00/ SS: RM10.00 ) 


Buy more will get more discount!!

Berminat sila hubungi Adira  : 0177483911

Cepat sementara masih ada !!..




Labels: , ,

Tomahan VS Keistimewaan wanita dalam islam.
Wednesday 26 March 2014 | 12:49 | 0 comments

Tomahan VS Keistimewaan wanita dalam islam


1.AURAT. 
 TOMAHAN = WANITA AURATNYA LEBIH SUKAR DIJAGA( LEBIH BANYAK) BERBANDING LELAKI.

KEISTIMEWAAN = BENDA YANG MURAH HARGANYA AKAN DIJAGA DAN DIBELAI SERTA DISIMPAN DITEMPAT YANG TERAMAN DAN TERBAIK . SUDAH PASTI INTAN PERMATA TIDAK AKAN DIBIAR TERSERAK BUKAN ? ITULAH BANDINGAN NYA DENGAN SEORANG WANITA DALAM ISLAM .



2.KETAATAN.


TOMAHAN = LECEH MENJADI WANITA DALAM ISLAM SEBAB HENDAK KELUAR RUMAH KENA DAPATKAN IZIN DARI SUAMI .

KEISTIMEWAAN = WANITA PERLU TAAT KEPADA SUAMI , TETAPI TAHUKAH ANDA LELAKI WAJIB TAAT KEPADA IBUNYA 3 KALI LEBIH UTAMA DARI AYAHNYA..



3. HARTA WARISAN


TOMAHAN
= WANITA MENERIMA WARISAN LEBIH SEDIKIT DARIPADA LELAKI.
KEISTIMEWAN = WANITA MENERIMA WARISAN LEBIH SEDIKIT DARIPADA LELAKI , TETAPI TAHUKAH HARTA ITU MENJADI MILIK PERIBADINYA DAN TIDAK PERLUDISERAHKAN KEPADA SUAMINYA . SEMENTARA APABILA LELAKI MENERIMA WARISAN , IA PERLU DAN WAJIB MENGGUNAKAN HARTANYA UNTUK ISTERI DAN ANAK – ANAKNYA .


4. KESUSAHAN MELAHIRKAN ANAK

TOMAHAN = WANITA PERLU MENGHADAPI KESUSAHAN MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK .

KEISTIMEWAAN = WANITA PERLU BERSUSAH PAYAH MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ,TETAPI TAHUKAH BAHAWA SETIAP SAAT DIA DIDOAKAN OLEH SEGALA MAHLUK , MALAIKAT , DAN SELURUH MAHHLUK ALLAH DIMUKA BUMI INI , DAN TAHUKAH JIKA IA MATI KERANA MELAHIRKAN KERANA MELAHIRKAN ADALAH SYAHID DAN SYURGA MENANTINYA .


5. KEWAJIPAN BERIBADAT


TOMAHAN
= WANITA KURANG BERIBADAT KERANA ADANYA HAID DAN NIFAS YANG TAK ADA LELAKI .

KEISTIMEWAAN = SEORANG LELAKI BERJIHAD FISABILILLAH , SEMENTARA BAGI WANITA JIKA TAAT AKAN SUAMINYA ,SERTA MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB NYA KEPADA ALLAH , MAKA IA AKAN TURUT MNERIMA PAHALA SETARA SEPERTI PAHALA ORANG PERGI BERJIHAD FISABILILLAH TANPA PERLU MENGGANGKAT SENJATA.


" sumber ILuv Islam ".......best!!..Menarik isinya ..=>

Labels: , , ,

New Update!
Tuesday 14 January 2014 | 00:09 | 0 comments
Asslamualaikum....

   sudah lama tak mengemas dalam blog ini , maybe ekoran terlalu busy hinggakan tiada masa untuk menaip. manusia ni ada bermacam - macam perangai . kadang - kadang sukar dijangka, sukar ditafsirkan sukar difahami.dan lain - lain lagi .so , Don't judge people by its cover .
 Well, memang betul pun poem ni. iya lah siapa kita untuk menilai dia, betul tak. macam mana pula nak berhadapan dengan orang yang pura - pura baik ngan kita sebaliknya dia menikam kita dari belakang . what should we do?. just let her/ his do whatever she / he want?. 
entah lah makin difikirkan makin pening dibuat nya .betul ke biar orang buat kita jangan kita wat org . semua berbalik pada pendapat masing - masing . setiap orang pendekatannya berbeza - beza . Ada yang birkan , ada yang bertindak , ada yang mendoakan . yang penting mana - mana yang baik je ..hehehe

     

tabah dan sabarlah wahai hati..=>
Tuesday 11 December 2012 | 00:05 | 0 comments
                                         Assalamualaikum wbt..


Dalam kehidupan sehari - hari , kita pasti akan menerima ujian dari Allah. tak kiralah ringan atau berat . nurul pun pernah ..siapa tak pernah rasa dugaan ?!..mesti pernah punya .


bila rasa diri lemah untuk menharungi dugaan dari Allah maka menangislah . biarkan diri menagis semahu mahunya , nangis lah sampai rasa penat..biarlah orang tak tahu kesedihan ini kerana senyuman meniti di bibir,biarkan diri diam seribu bahasa tanpa berkata - kata, biarkan berparut - parut hati ini , biarkan hati ini bertampal sana sini kerana dugaan ini ..merapatkan diri ini kepada sang pecinta . biarkan tangisku melimpah disaat diri ini meluahkan segala galanya pada Yang Maha Esa .
kerana aku yakin Dia sentiasa disisiku , memahami segala galanya tentang diriku, Semoga hati ini kuat meniti hari - hari mendatang . moga juga hatiku mudah memaafkan dan meminta maaf .
   
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
 Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun... 
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..




bila kita diuji itu tandanya Dia sayangkan kita ..
cuba bayangkan kalau kita tak diuji pernah kah kita semaakin mendekatiNya, dan mencintaiNya . Allah maha pengasih ,Dia takkan bagi dugaan yang kita x boleh nak hadapi ..Pasti boleh punya!!..
kadang2 doalah tambahkan rasa cinta kita pada Allah ,..okay, be  positive in many way terutama thinking. bila ditimpa dugaan yang berat jangan pernah sesekali fikir nak benda yang x senonoh ( fikir lah sendiri apa dia )..ingat wajah2 yang sayangkan kita , mencintai kita.mereka pasti menyokong kita .La tahzan ya sahabat.. D'ont afraid Allah kan ada..peringanta ini untuk diri nurul jugak agar sentiasa tabah ..=>

 


 

Labels: , , ,

friendly or peramah..?!
Monday 10 December 2012 | 10:20 | 0 comments
                                                        Assalamualaikum wbt.

 "You ni friendlyla" or "wah, ramai suka kwn dengan awak yela awakan peramah,untunglah"...pernah x dapat pujian camtu .or pernah dapat  pujian tapi versi lain. nurul ni x pernah dipuji friendly or peramah  tapi adalah  nurul dipuji rajin (macam riak pulak nurul nie)..hehehe....astagfirullah...apa nak jadi dengan nurul ni..=<

Sahabat nurul yang paling nurul sayang ada bagi
3 tip nak jadi peramah.
1.Senyum 
2.Salam.
3.Sapa 


Lebar bear ni senyum, senang hati tuh  ..bila difikir balik banyak benefit kalau ikut style kawan nurul nih...hmmmm. yelah boleh eratkan hubungan. kenapa perlu dimulakan dengan senyuman?..kerana senyuman itu penawar , manis, indah.mcm lagilah x terungkap ,pernah tak terbayang sebenrnya ramai orang nak berkawan dengan orang tapi korang je x nak senyum buat org takut nk tegur gitu, dari muka diketatkan .Apa kata sekali sekala longgarkan mulut korang dengan senyuman, confirm hati jadi tenang gitu.tapi...jangan pulak senyum sorg2. kalo dpan cermin xper nak practice senyum  .bila senyuman dah diberikan try memberi salam dan bersalaman .hah! start lah sapa dia..tanyalah apa khabar?..kerja apa ?..nama?..jangan formal sgt kalau bley. relaks je buat mcm kita da kenal lama dengan dia ..hehehe..(mcm expert je nurul nih padahal x pun sebenarnya ...senangkan tips kawan nurul bagi nih okey?..yang penting be positive in many way!!..just like thinking , attitude, and so on ..kalo ada salah taip sorry eh..hehehehe..peringatan ni pun untuk nurul juga!...=>

Labels: , , , , , , , , , , ,

kelebihan Qiamulail
Thursday 29 November 2012 | 03:49 | 0 comments
Assalamualaikum....

" dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakan lah solat tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji' -Al Israk:79.

1. menikmati keindahan malam dan berfikir betapa besarnya kekuasaan ilahi
2. dapat beribadat dalam keadaan tenang tanpa gangguan ( malam smua org tidur).
3. mendapatkeberkatan didunia dan diakhirat.
4. dimakbulkan doa hamba yang meminta
5. meningkatnya darjat disisi Allah
5. melatih diri meningkatkan ibadat sunat
7 .memberi ketenangan dan menajamkan akal
8. dimurahkan rezeki
9.  meningkatkan kesihatan fizikal
10.dilindungi oleh Allah daripada perbuatan khianatsesama manusia
11.dihormati  masyarakat ( sekiranyaseorang pemimpin)
12. mendidik jiwa untuk melawan keinginan nafsu dan hasutan syaitan.
13. melatih diri memiliki sikap takut dan berharap kepada Allah.

sebelum ini nurul tak nampak kelebihan qiamulail , just buat bila ada orang ajak buat . namun apabila terfikir mengenai kelebihan qiamulail , seorang hamba Allah bercerita dengan panjang lebar mengenai nya . so, apa tunggu lagi wahai sahabat , qiamulail , jom!!!..ajaklah sesama rakan untuk kongsi pahala wat qiamulail. cakap dengan rakan - rakan anda ..Jom Qiamulail !!..=>
wanita cantik...
Tuesday 25 September 2012 | 19:36 | 0 comments
Ahad lepas , Nurul menghadiri usrah bersama rakan - rakan seperjuangan, tajuk usrah yang dibincangkan adalah "Bidadari Dunia" .tajuknya memang menarik minat . Wanita memang sangat related atau dikaitkan dengan simbol kelembutan . kelembutan yang bagaimana?...kelembutan pada anak - anaknya , kesopanannya , dan keayuannya . setiap wanita memiliki kelembutan itu walaupun dia sekasar mana .

                  

seorang wanita bukanlah cantik kerana pandainya dia berhias diri di depan lelaki ajnabi atau kerana masakan nya adalah masakan yang paling sedap didunia, atau kerana dia pemenang program tv show, wanita yang mempunyai diploma , ijazah atau sebagainya . tetapi wanita yang cantik itu sebenarnya adalah seorang anak yang taat kepada parent dia, seorng isteri yang pandai mengambil hati suaminya, seorang ibu yang berusaha memdidik anak - anaknya dengan baik, seorang perempuan yang bersungguh - sungguh menjaga auratnya serta menjaga kehormatan dirinya. wanita yang cantik juga merupakan wanita yang yang giat menyumbang kepada islam dan semestinya  seorang wanita yang amat mencintai Allah dan RasulNya. kesemuanya itu adalah ciri - ciri wanita yang solehah. yang kecantikannya amatlah dicemburui oleh bidadari syurga. jadi, macam mane??... seindah indah hiasan dunia adalah wanita solehah.=>...

Daripada ummu salamah, isteri nabi SAW katanya : Aku bertanya, " Ya Rasullulah manakah yang lebih utama , wanita dunia atau Bidadari yang bermata jeli?" Baginda menjawab , " wanita - wanita dunia lebih utama dari bidadari  seperti kelebihan  apa yang nampak dari apa yang tidak nampak," Aku bertanya mengapa wanita dunia lebih utama dari bidadari?" Baginda menjawab " kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya diwajah mereka , tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau , perhiasannya kekuningan , sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas" . mereka berkata " kami hidup abadi dan tidak mati , kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali .kami redha dan tidak pernah bersungut - sungut sama sekali . berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya" ( Hadis Riwayat At- Tabrani)...peringantan untuk diriku juga...=>