Welcome to my world . TARANTALEGGRA . Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



wanita cantik...
Tuesday 25 September 2012 | 19:36 | 0 comments
Ahad lepas , Nurul menghadiri usrah bersama rakan - rakan seperjuangan, tajuk usrah yang dibincangkan adalah "Bidadari Dunia" .tajuknya memang menarik minat . Wanita memang sangat related atau dikaitkan dengan simbol kelembutan . kelembutan yang bagaimana?...kelembutan pada anak - anaknya , kesopanannya , dan keayuannya . setiap wanita memiliki kelembutan itu walaupun dia sekasar mana .

                  

seorang wanita bukanlah cantik kerana pandainya dia berhias diri di depan lelaki ajnabi atau kerana masakan nya adalah masakan yang paling sedap didunia, atau kerana dia pemenang program tv show, wanita yang mempunyai diploma , ijazah atau sebagainya . tetapi wanita yang cantik itu sebenarnya adalah seorang anak yang taat kepada parent dia, seorng isteri yang pandai mengambil hati suaminya, seorang ibu yang berusaha memdidik anak - anaknya dengan baik, seorang perempuan yang bersungguh - sungguh menjaga auratnya serta menjaga kehormatan dirinya. wanita yang cantik juga merupakan wanita yang yang giat menyumbang kepada islam dan semestinya  seorang wanita yang amat mencintai Allah dan RasulNya. kesemuanya itu adalah ciri - ciri wanita yang solehah. yang kecantikannya amatlah dicemburui oleh bidadari syurga. jadi, macam mane??... seindah indah hiasan dunia adalah wanita solehah.=>...

Daripada ummu salamah, isteri nabi SAW katanya : Aku bertanya, " Ya Rasullulah manakah yang lebih utama , wanita dunia atau Bidadari yang bermata jeli?" Baginda menjawab , " wanita - wanita dunia lebih utama dari bidadari  seperti kelebihan  apa yang nampak dari apa yang tidak nampak," Aku bertanya mengapa wanita dunia lebih utama dari bidadari?" Baginda menjawab " kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya diwajah mereka , tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau , perhiasannya kekuningan , sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas" . mereka berkata " kami hidup abadi dan tidak mati , kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali .kami redha dan tidak pernah bersungut - sungut sama sekali . berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya" ( Hadis Riwayat At- Tabrani)...peringantan untuk diriku juga...=>