Doa
Friday, 9 March 2012 | 09:18 | 0 comments
Assalamualaikum wbt..nur terbaca satu kisah didalam buku atau pamphlet ,seekor syaitan datang ke rumah seorang lelaki pada suatu malam . dia memantau dari jauh tingkah laku lelaki tersebut . kemudian dia ketawa dan pulang . keesokan harinya , dia memanggil rakan- rakan syaitannya yang lain dan berkata” kawan - kawan mari ikut aku . malam ini ada orang bermurah hati member makan dan dan member tempat tidur untuk kita semua .maka syaitan - syaitan bergegas pergi ke rumah lelaki itu dengan bersiul siulan . seekor syaitan yang lain datang ke rumah lelaki yg lain pula . dia memantau dari jauh lelaki itu dan diabergegas pulang dalam keadaan berdukacita tanpa memikirkan peluang untuk kembali .
cuba fikir fikirkan kisah di atas ini , mengapa syaitan boleh tidur dan makan di rumah lelaki pertama tetapi di rumah lelaki kedua syaitan tidak berpeluang melakukannya ?.mengapa ini boleh terjadi ?...sebenarnya lelaki pertama dia tidak mengamalkan doa harian dalam hidupnya . dia tidak membaca doa dalam semua aktivitinya . dia tidak membaca bismillah semasa nak makan dan tidur , senang cerita semuanya dilakukan tanpa mengigati Allah swt. Manakala lelaki kedua setiap perbuatannya dimulakan dengan bismillah , setiap amalannya dilakukan dengan mengingati allah swt. Amalan membaca doa harian sentiasa dilakukan settap perbuatannya disertai dengan doa yang khusus juga. Maka syaitan tidak boleh mendekatinya.
Mungkin ada yang berkata apalah sangat doa ?...Doa ni maksudnya kita bermohon keberkatan kepada Allah . doa itu adalah zikrullah . memulakan sesuatu tanpa izin sang pencipta yang maha esa menunjukkan kita ini mahluk yang sombong dan bongkak . confirm ke perbuatan yang kita buat tu dpt dilaksana . jadi kena minta izin dulu baru rasa keberkatannya . sabda rasulullah saw bersabda “ setiap pekerjaan yang tidak dimulakan dengan bismilah , maka pekerjaan itu terputus dan terpotong “(kurang keberkatan dan cacat ). . jadi ., berdoalah . senang kan berdoa . Allah swt suka mendengar umatnya berdoa . berdoa pun bukan amik masa yang lama sekejap jer. Takkan susah, adakah anda sanggup tidur dan makan bersama - sama syaitan semata mata tak nak berdoa . bagi tidak tahu berdoa atau baru nak belajar berdoa . satu hari hafal atau baca satu doa khusus, lama - lama banyak lah doa yang yang terhafal secara sendiri dan istiqamah lah dalam berdoa . jangan malu bawa buku doa harian dipoket kerana itu cara kita untuk mendekatkan diri dengan Allah swt . doa senjata orang mukmin kan ?..renungan ini untukku juga ..fikir- fikirlah dan renungkan .=>
Labels: ingatan