5 minit bercerita …
Friday, 9 March 2012 | 09:22 | 0 comments
Terdapat seorang tukang kayu yang begitu dedikasi di dalam pekerjaannya menyatakan hasratnya kepada majikannya untuk bersara daripada daripada kerjanya. Dia yang telah lama berkerja iaitu hampir 20 tahun . telah sampai masanya untuk dia berehat dan pergi bercuti .selepas menyatakan hasratnya itu , majikan berasa sangat sedih kerana dia seorang pekerja yang rajin dan bagus . kemudian majikannya meminta pekerjanya menyiapkan satu projek terakhir sebelum dia pergi bercuti dan bersara iaitu membuat satu rumah.
Pekerja tadi yang begitu bersemagat untuk bercuti merasa berat hati menerima tugas daripada majikannya . namun , dia terima juga kerja itu dengan separuh hati kerana mengenangkan majikannya telah banyak berjasa kepadanya dan ia merupakan kawan baiknya . dia akhirnya menyiapkan rumah tadi dengan ala kadar sahaja kerana hatinya tidak berada di situ . dia cuba menyiapkan rumah itu dengan cepat dan setelah rumah itu siap, dia menyerahkan kunci kepada majikannya . Apa yang sedihnya , dia seorang pekerja yang bagus dan cemerlang menyiapkan suatu projek yang cincai. TETAPI…
“tuan , ini kunci rumah yang telah siap”. Kata pekerja itu .
“Oh..tak apa , awak simpan sahaja kunci itu. Sebenarnya rumah itu milik awak sebagai tanda penghargaan dan hadiah daripada setelah sekian lama awak bekerja dengan saya “. Kata majikanya
.
Pekerja itu terkejut dan tercenggang kerana tidak sangka rumah itu akan menjadi miliknya . pekerja itu merasa hampa dan sedih kerana rumah tadi dia buat dengan ala kadar sahaja . ukiran yang tidak cantik dan banyak kelemahan pada rumah tersebut . jika dia tahu rumah itu adalah miliknya , tentu dia akan membuat yang terbaik dan tercantik . tetapi sudah terlambat …
~kalaulah aku ikhlas~
saya tertarik dengan cerita ini . cerita ini saya dapat melalui usrah yang diadakan di masjid . pada waktu itu , saya menjadikan isu ikhlas dan istiqamah” SEBAGAI TAJUK UTAMA.
bagi nur seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau sebesar zarah sekalipun . apa yang diinginkan hanya redha Allah S.w.t. . renungan ini untuk nur juga kerana nur menaip dan telinga nur dulu yang mendengar apa yang nur taip , baru korang bacakan . fikir dan renungkan bersama =>
Labels: teladan