Doa Pengasih mengikut Al quran.
Sunday, 13 November 2011 | 22:14 | 0 comments
assalam. kali ini saya ingin berkongsi tentang doa pengasih. selalu kita ingat doa pengasih ini untuk menundukkan pasangan atau pasagan tidak berani melawan kita atau melembutkan pasangan atau pasangan sentiasa patuh pada kita dan macam - macam lagi. Tetapi sebenarnya doa pengasih ini adalah untuk melembutkan hati, mengeratkan , meningkatkan kemesraan bersama pasangan .Adat hidup berumahtangga pasti akan ada pegaduhan. takkan rumah tangga sentiasa aman tanpa ujian kan?..pasti akan ada ujian yang sama ada kecil atau besar cotoh perselisihan faham atau tertekan melayan kerenah pasangan . Bak kata mak cik saya sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi lagi suami isteri ( rasanya lah sebab tidak berapa ingatlah).jadi untuk menghadapi tekanan tersebut, apa kata anda berdoa?..Amalkan doa ini sebagai jalan penyelasaian .berdoa lah mengikut adab- adab berdoa supaya doa kita dimakbulkan Allah.
"Dan Tuhan kamu berfirman berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesunggunya orang - orang yang sombong takburdaripaba beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
( surah Al Ghafir ayat 60)
Diantara adab adab berdoa iaitu memulakan doa dengan memuji muji allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah saw. pastikan niat ada dibetulkan serta berdoa mengikut syariat yang ditetapkan dalam islam .
Diantara ayat - ayat pengasih yang diambil dari surah - surah al- Quran:-
1.Surah Yasin : ayat 36
maksudnya
Maha Suci Allah yang mencipta mahluk - mahluk semuanya berpasangan : sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya "
2. Surah Yusof : Ayat 4
maksudnya :
[Daripada cerita-cerita ini yang menyebut] ketika Yusuf berkata kepada bapanya, "Wahai ayahku, sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi] sebelas bintang dan mataharidan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya"
3. Surah Al - Hujurat : Ayat ke 13
maksudnya
" wahai umat manusia ! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bagai bangsadan bersuku puak , supaya kamu berkenal - kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama dengan yang lain).Sesungguhnya semulia mulia kamu disisis Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, 9bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui . lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan kamu dan amalan kamu)"
4. Surah Al Imran : Ayat 14
Maksudnya
Dihiaskan ( dan dijadikan indah ) kepada manusia :kesukaan kepada benda - benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan - perempuandan anak pinak; serta kebun kebun tanaman .
semuanya itu ialah kesenangan hidup di dnuiaDan (ingatlah) , pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik baiknya ( iaitu syurga).
5. Surah Al imran : Ayat 31
maksudnya
" katakanlah( wahai muhammad): " jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku , nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa - dosa kamu . dan (ingatlah) .Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani".
Sebenarnya banyak lagi ayat pengasih dalam al Quran yang kita boleh amalkan cuma nak atau tak saja kita untuk mengkaji dan mempelajari . mengapa kita sombong dengan tidak meminta kepada Allah.. sedangkan terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada umatNya . Jadi fikir - fikirkan lah..( peringatan untuk diri juga)...sekian...=>
Labels: ingatan