Welcome to my world . TARANTALEGGRA . Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



sayangi mereka!..
Tuesday, 15 November 2011 | 04:16 | 0 comments
Assalam  semua.. 
Hari ini saya berjalan - jalan di bandar. best sangat !..tapi semasa hendak beli minuman, hati saya tiba - tiba sayu apabila ternampak seorang wanita tua yang boleh dipanggil nenek berkerja dengan  menyapu di kaki lima ...
Dia duduk berehat sambil menarik helaan nafas yang panjang hati ku terusik  dan tertanya . Adakah mak cik itu sudah berkahwin ?..kalau sudah berkahwin mana anaknya ?..Apakah anaknya tidak tahu yang ibunya berat berkerja?..bukankah pada waktu itu , mak cik tersebut sepatutnya  bersama cucu - cucunya?..kenapa anaknya membiarkan ibunya berkerja dengan teruk?..tidak sayang kah dia pada ibunya ?...semua itu hanya Allah yang tahu..

beratnya pengorbanan ibu bapa kita dari mula kita hadir ke dunia banyak yang mereka korbankan..

masa kita bayi , ayah dan ibu gilir - gilir tidak tidur malam jaga kita , pastu kita sakit dihantar ke hospital , ditatang dengan sederhana , semua fokus pada kita..
masa darjah satu , dibelikan macam - macam hanya untuk kita belajar ( beri galakan ). hari pertama di sekolah kita menagis ibu dan ayah meninggalkan  kita tapi tahukah anda kita itu mungkin ibu kita juga menagis mendengar tangisan kita dan ayah tidak sampai hati meninggalkan kita . Lama kelamaan pun kita dah terbiasa . pabila hendak pergi sekolah kita selamba meminta ayah duit sekolah " ayah nak duit belanja " dengan senang kita meminta , tapi time itu kita tak pernah terfikir betapa susahnya ayah berkerja semata -mata untuk kita. masa hendak hadapi peperiksaan  , ayah selalu ingat " nak , belajar rajin rajin ye"..kita buat tak tahu sahaja . bila dapat kad ujian atau keputusan , bagi yang berjaya ayah dan ibu tumpang gembira kerana yang berjaya anda bukan mereka tapi mereka bahagia . tapi yang kurang berjaya ibu ayah berkata " tak mengapa berusaha lagi "  malah ayah tersenyum . tapi tahukah anda dibelakang anda mereka menagis sambil berdoa " Ya Allah , berikanlah kejayaan, kebahagian , kesihatan yang berpanjangan untuk anakku"" .time itu kita doa macam itu tak untuk ibu bapa kita ...rasanya tidak kan?..yang berdoa untuk ibu bapa Alhamdullilah . Ayah membeli rumah yang mampu melindungi anak - anaknya  dari hujan dan panas . Ibu sentiasa menyokong ayah . ibu cakap "ayah nak bagi yang terbaik buat anak - anak dia " . Ayah dan ibu mendidik dengan kita penuh rasa sabar . kadang - kadang ayah dan ibu bangun untuk buat solat hajat untuk mendoakan anaknya mendapat kebahagian di dunia dan diakhirat . mereka berkorban wang , tenaga, dan segala gala yang mereka ada demi anak tercinta...


Apabila ayah dan ibu sudah tua , kita buat tak apa yang mereka buat untuk kita ..kita pernah berkorban untuk mereka , buat mereka bahagia , buat mereka sentiasa tenteram dengan adanya kita disisi mereka , menjagai mereka sakit...mak cik saya pesan kalau nur nak cari jodoh . cuba cari orang yang menyayangi ibu bapa kita macam kita sayang ibu bapa dia, solat fardhu tidak pernah tinggal dan serasi dengan kita .cukuplah nur kalau kita sayang ibu bapa dia mcm parent kita dan dia syg parent kita mcm dia syg parent kita. saya hanya mengganguk sahaja .  


terus terang saya katakan saya nangis tatkala melihat mak cik itu  dan teringatkan ibu bapa saya. sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih ada . mereka sangat berharga . Syurga dibawah telapak kaki ibu . ungkapkanlah sayang melalui lisan dan perbuatan anda . janganlah ungkapkan sayang anda melalui pandangan mata. katakan " ayah ibu , saya sayang sangat ..rindu ayah ibu " mesti ibu bapa anda gembira kn?. walaupun mereka akan mengatakan mu ni buang tebiat ke hape tapi sebenarnya dalam hati mereka , mereka bagaikan mahu lompat mendengar ungkapan tersebut , lebih - lebih lagi jika anak tersebut jarang mengucapkan sayang . pasti mereka bahagia senyum telinga .jadi , apa lagi yang anda tunggu bukan selalu kalau dengan yang tersayang ( mcm teman wanita , teman lelaki , tunang  dan lain-lain ) anda boleh cakap I love u , saya cintakan awak  tak kan dengan parent tak boleh kot?..fikir fikirkan dan renungkan kembali..maaf entry kali ini penuh emosi sikit dan maaf andai saya terkasar bahasa atau anda terasa..sekian..=>


 Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.