shopping time!!!
Wednesday, 19 October 2011 | 03:19 | 0 comments
Assalamualaikum W.B.T..first entry nk taip pun bedebar - debar...
shooping... semua orang suka yelah time itulah kita nak beli barang keperluan or kehendak. tapi tahukah anda masa kita nak shopping ada adab - adab dalam membeli belah ( berbelanja )
Adab Berbelanja :-
1. Hendaklah mengambil kira keperluan , kehendak, dan kemampuan
2. Tidak digalakan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya .
3.Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli
4. Pastikan barang yang nk dibeli halal pada perspektif islam
5. Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawarharga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual
6. Jujur dan amanah .
7.Utamakan urusniaga dengan orang islam melainkan setelah tiada pilihan.
Salman Al farisi berkata :" Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya , kerana pasar itulah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka"
ini membawa maksud kita kenalah berhati hati dalam urusan berjual beli ( di pasar raya) kerana ketika itu hadirnya hati yang lalai dengan keseronokan dunia melihat berbagai - bagai maksiat melibatkan aurat , pembaziran wang (sekiranya out of budget atau beli ikut nafsu n mood) , pembaziran masa dek terlalu lama memilih , dan sebagainya. Shopping memang best tapi kenalah berpada mengikut garis panduan dalam islam. Sebenarnya bende nier basic tapi yang itulah kita kena terapkan pada diri .untuk diri saya juga yang mudah lupa maklumlah manusia mudah lupa tapi itu tidak boleh dijadikan alasan..=>
*rujukan = GenQ n my mine .