Cemburu….
Thursday, 20 October 2011 | 12:25 | 0 comments
Bila sebut pasal cemburu sahaja mesti nak dikaitkan dengan perempuan …Betul kah perempuan kuat cemburu ..Sebenarnya cemburu ini tidak kira lelaki atau perempuan tetap akan rasa sekiranya ad perasaan kasih dan sayang di dalam hati manusia .Cemburu buta ??...selalu kita dengar .Cemburu buta adalah sifat cemburu yang berlebihan . Asal ada isu sahaja tanpa siasat dia sudah cemburu .
Tanda – tanda jealous @ cemburu.
1. kita tidak percayakan pada si dia ,
2.kita selalu buat andaian negatif padanya .
3.kita rasa tertekan hanya kerana andaian kita yang entah betul atau tidak .
4. mengugut untuk bunuh diri demi kita .
5. sekiranya dia pergi ke majlis atau parti sosial . kita akan berkeluh kesah dan terlalu risau kerana memikirkan dia tertarik dengan lelaki / wanita lain .
6. kita akan kerap merajuk hanya kerana hal yang remeh temeh
7. kita menuduh si dia dengan sesuka hati hingga menyakiti hatinya .
8. kita sukar untuk menerima penjelasannya dan sukar berbincang dengannya kerana pastu berakhir dengan pertengkaran .
Tip atasi @ kawal perasaan jealous …
1. Jujur pada pasangan.
2. Befikiran positif dalam perhubungan .
3. Percaya pada pasangan kerana dalam hubungan kepercayaan itu penting .
4. Sentiasa senyum pada pasangan kerana senyuman penawarsemasa kedukaan.
“Kurangkan manis dalam minuman , Tambahkan manis dalam senyuman”
( slogan dalam televisyen ..hehehe)
5.banyakkan berbincang dengan pasangan/ kawan/ ibu bapa sekiranya timbul masalah. ( boleh minta pendapat @ kata nasihat dari mereka)
6. sekiranya timbul sesuatu isu siasat dahulu , jangan terus buat keputusan melulu.
7. Jika dia dah mula rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya. ( orang tengah marah tidak akan dengar apa pun penjelasan dari kita so biar dia tenang duu dan dah tenang baru beri penjelasan ).
8. jangan sesekali memungkari janji . (siapa suka kalo pasangan memungkiri janji )
9. kalau dia ada masalah , sentiasa membantunya dan menggembirakannya .( boleh membuatkan si dia rasa dihargai).
10. Berzikirlah selalu dan berselawat selalu ( zikir akan menenangkan jiwa mejadikan kita hati kita sentiasa mengingati Allah S. W.T.).
Itulah sahaja entry dari saya pasal cemburu. Cemburu itu perlu tapi ada batas nya dan asalkan tidak buta . Ada orang kata cemburu itu tanda sayang , fikir –fikirkan lah statement itu betul atau salah . Ada orang kata bila cemburu membuatkan kita rindu terangau-angau dan terigau . Betul kah??.. Jangan kerana dek cemburu buta anda , ada kehilangan orang yang anda sayang . Ungkap kan lah sayang kita sementara dia masih ada didunia . Alangkah indah sesuatu perhubungan di indahi dengan kejujuran dan kepercayaan..=>